SRD10023 LUKISAN TEKNIKAL
SRD20233 SEJARAH SENIBINA

Kursus SEJARAH SENI BINA memberikan pengetahuan asas dalam sejarah seni bina dari Zaman Pertengahan hingga Era Seni Bina Moden, merangkumi konteks sejarah, faktor pengaruh, pelbagai gaya dan ciri tersendiri. Selain itu, kursus ini mengetengahkan evolusi seni bina Asia dan Malaysia dalam konteks pengaruh dan nilai budaya yang dinamik.

SRD 10183 ASAS LAKARAN

Kursus ASAS LAKARAN DALAM REKABENTUK DALAMAN memperkenalkan pelajar kepada asas lakaran, elemen dan prinsip seni dalam reka bentuk. Ia merangkumi teknik lakaran menggunakan pelbagai media, teknik rendering, serta penerapan warna. Pelajar turut didedahkan kepada teknik lakaran perspektif satu dan dua titik lenyap untuk memperkukuh pemahaman visual ruang. Di akhir kursus, pelajar akan memilih hasil lakaran terbaik untuk dijadikan portfolio, sebagai medium komunikasi reka bentuk yang efektif dan profesional.