Sesi II : 2025/2026

STS20103 3D MODEL & ANIMASI

3D MODEL DAN ANIMASI memberikan pengetahuan dan kemahiran asas dalam teknik-teknik penghasilan model 3 dimensi. Kursus ini melengkapkan pelajar dengan prinsip-prinsip asas Computer Aided Design and Drafting (CADD) untuk menghasilkanmodel dan visualisasi 3D secara Realiti Maya (Virtual Reality) atau Realiti Tambah (Augmented Reality).

STS 30113 - MODEL SENIBINA

MODEL SENIBINA merupakan salah satu skop kerja dalam bidang senibina. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai teknik, bahan dan peralatan dalam penghasilan model senibina. Kemahiran yang diperolehi dapat membantu pelajar dalam menghasilkan model senibina berdasarkan pelan cadangan serta kehendak rekabentuk. 

  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
STS20092 - Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Kursus KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN memberi pengetahuan  dan pendedahan berkaitan perundangan serta pengurusan keselamatan dan kesihatan  pekerjaan. Kursus ini juga memberi penekanan terhadap budaya kerja dan  persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat selain melatih pelajar berkaitan latihan kebakaran dan pertolongan cemas. 

  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
STS10063 LUKISAN KERJA 1

LUKISAN KERJA 1 memberi pendedahan kepada pelajar terhadap penggunaan perisian Computer Aided Design and Drafting (CADD) dalam menghasilkan lukisan 2D. Kursus ini meliputi prinsip asas dan penghasilan lukisan kerja senibina menggunakan perisian CADD.

  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
STS20063 LUKISAN 3D BERBANTU KOMPUTER

LUKISAN 3D BERBANTU KOMPUTER bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam teknik-teknik penghasilan lukisan 3D berbantu komputer. Pelajar juga akan didedahkan dengan prinsip-prinsip asas untuk menyediakan set lukisan 3D.


STS30142 LUKISAN PERSEMBAHAN BERBANTU KOMPUTER

LUKISAN PERSEMBAHAN BERBANTU KOMPUTER bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam teknik-teknik  penghasilan lukisan persembahan berbantu komputer. Pelajar juga akan didedahkan dengan prinsip-prinsip asas untuk menyediakan set lukisan persembahan.

  • Enrolled students: 1
STS 20053 LUKISAN KERJA BERBANTU KOMPUTER

LUKISAN KERJA BERBANTU KOMPUTER ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang jenis-jenis lukisan dan simbol-simbol yang digunakan dalam bidang senibina. 

Pelajar juga akan menghasilkan set lengkap lukisan kerja dengan berbantu komputer.


SUG10022 PEMATUHAN TEKNOLOGI HIJAU

Hasil daripada pembelajaran kursus  Pematuhan Teknologi Hijau, pelajar akan 

STS20012 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN direka untuk memberikan pemahaman tentang konsep dan peruntukan kawal selia kendiri di bawah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA) di Malaysia. Kursus ini menekankan tanggungjawab pekerja dalam melaksanakan dan mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja. Pelajar diberikan pemahaman tentang pemberitahuan kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit serta liabiliti untuk kesalahan. Kursus ini juga akan membimbing pelajar tentang isu utama dalam Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pencegahan Insiden, Kawalan Risiko Pengenalpastian Bahaya dan Penilaian Risiko (HIRARC), Keselamatan Kebakaran dan Pertolongan Cemas, Persekitaran Tempat Kerja dan Ergonomik.