Sesi II : 2025/2026
Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar mengenai konsep, sejarah, nilai budaya dan proses penghasilan pakaian tradisional wanita sebagai manifestasi identiti masyarakat dan warisan ketamadunan. Secara umumnya, pakaian tradisional merujuk kepada busana yang mencerminkan sejarah, kepercayaan, nilai sosial dan identiti sesuatu komuniti serta sering digunakan dalam acara budaya, keagamaan dan upacara rasmi. Kursus ini merangkumi aspek teori dan amali, termasuk pengenalpastian sejarah pakaian tradisional, analisis reka bentuk, proses mendraf pola, penyusunan pola, pemotongan fabrik serta teknik jahitan mengikut prosedur kerja standard. Pelajar juga didedahkan kepada dokumentasi proses penghasilan pakaian termasuk penyediaan laporan teknikal dan pengiraan kos pengeluaran
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada asas dalam lukisan dengan menggunakan pelbagai teknik lukisan serta meneroka bahan-bahan lukisan yang berbeza. Kemahiran ini dikembangkan bersama dengan kepekaan terhadap estetika bentuk dan ruang termasuk perspektif linear, garisan dan kualiti garisan. Pengalaman diperoleh melalui penerokaan dan pemerhatian terhadap persekitaran fizikal. Pelajar akan menghasilkan karya seni atas pelbagai jenis kertas berdasarkan subjek seperti lukisan objek nyata, landskap, haiwan dan potret diri.
- Enrolled students: 2
Kursus KAJIAN FABRIK ini memperkenalkan klasifikasi fabrik mengikutjenis gentian iaitu gentian asli dan gentian buatan yang sering digunakan dalam pembuatan pakaian. Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan tentang ciri, jenis dan sumber gentian berkenaan sesuatu fabrik. Kursus ini juga memberi pengetahuan mengenai pembinaan fabrik.
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.


