LUKISAN KERJA 2

LUKISAN KERJA 2 menawarkan kemahiran dan pengetahuan asas untuk menghasilkan lukisan kerja bagi pembinaan bangunan yang mematuhi keperluan Uniform Building by Law (UBBL). Kursus ini merupakan komponen teras disiplin dalam Badan Pengetahuan (BoK) Pengajian Seni Bina. Penggunaan perisian Computer Aided Design & Drafting (CADD) menyediakan pengetahuan untuk dihasilkan Lukisan Senibina 2 Dimensi (2D). Kursus ini melengkapkan pelajar dengan arahan-arahan yang terdapat di dalam perisian CADD untuk penetapan template, melukis, mendimensi, melorek, memplot dan menghasilkan lukisan seni bina bagi permohonan kelulusan pelan bangunan dari Pihak Berkuasa Tempatan.


ASAS LUKISAN SENIBINA

ASAS LUKISAN SENIBINA bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam penghasilan lukisan senibina. Pelajar akan ditunjukkan cara penggunaan peralatan lukisan dengan betul dan selamat. Pelajar akan menghasilkan lukisan senibina 2D dan 3D serta diberi pengetahuan kepada jenis-jenis garisan, penghurufan dan bentuk-bentuk asas lukisan geometri.

  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
SEJARAH SENIBINA

SEJARAH SENIBINA memberikan pengetahuan asas dalam sejarah senibina dari Zaman Pertengahan hingga Era Senibina Moden, merangkumi konteks sejarah, faktor pengaruh, pelbagai gaya, dan ciri tersendiri. Selain itu, kursus ini mengetengahkan evolusi senibina Asia dan Malaysia dalam konteks pengaruh dan nilai budaya yang dinamik.

  • Enrolled students: 26
LUKISAN PERSEMBAHAN BERBANTU KOMPUTER (Sesi 1 : 2026/2027)

LUKISAN PERSEMBAHAN BERBANTU KOMPUTER bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam teknik-teknik  penghasilan lukisan persembahan berbantu komputer. Pelajar juga akan didedahkan dengan prinsip-prinsip asas untuk menyediakan set lukisan persembahan.

3D MODEL DAN ANIMASI

3D MODEL DAN ANIMASI memberikan pengetahuan dan kemahiran asas dalam teknik-teknik penghasilan model 3 dimensi. Kursus ini melengkapkan pelajar dengan prinsip-prinsip asas Computer Aided Design and Drafting (CADD) untuk menghasilkan model dan visualisasi 3D secara Realiti Maya (Virtual Reality) atau Realiti Tambah (Augmented Reality).

STS10063 LUKISAN KERJA 1

LUKISAN KERJA 1 ini dibina untuk memperkenalkan pelajar penggunaan perisian AutoCad di dalam menghasilkan lukisan berbentuk 2D. Kursus ini meliputi prinsip asas penggunaan AutoCad di dalam industri senibina. Ianya juga memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang penghasilan  lukisan kerja senibina menggunakan perisian AutoCad berbantu komputer.

  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.