SPL20303 KHIDMAT INTERPRETASI PELAWAT

Kursus Khidmat Interpretasi Pelawat ini merangkumi asas-asas interpretasi dalam industri pelancongan. Kursus inimengaplikasikan teknik-teknik interpretasi yang terkini. Para pelajar akan mengasah kemahiran personal dalam membangunkan bahan interpretasi dalam bentuk digital dan bercetak serta membentangkan bahan tersebut dalam bentuk pameran. Di akhir kursus, pelajar mampu membina kemahiran penyediaan bahan interpretasi dan kemahiran personal yang berkesan.


SPL20333 GEOGRAFI PELANCONGAN

Kursus Geografi Pelancongan menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas tentang geografi dunia yang berkaitan dengan industri pelancongan. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan seperti komponen utama dalam geografi berkenaan benua, lautan, jenis musim, latitud dan longitud, zon masa dunia dan sumber tarikan pelancongan. Seterusnya, kursus ini membolehkan pelajar menerokai destinasi pelancongan utama di dunia. Kaedah pengajaran adalah berbentuk teori. Di akhir kursus, pelajar dapat memahami kepentingan geografi dalam industri pelancongan.