SPL20063 REKREASI PELANCONGAN
SPL20043 GEOGRAFI PELANCONGAN

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas tentang komponen geografi yang berkaitan dengan industri pelancongan. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan seperti benua, lautan, cuaca, zon masa, budaya dan tarikan utama pelancongan di Malaysia dan dunia. Pengetahuan dalam kursus ini akan digunakan untuk kursus Tempahan dan Tiketan.

SPL20223 OPERASI ACARA

Kursus ini memberi penekanan kepada pelajar tentang merancang dan menguruskan acara berkaitan pelancongan. Pelajar juga didedahkan secara teori dan praktikal tentang pengurusan acara secara menyeluruh yang merangkumi penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Di akhir kursus ini, pelajar akan dinilai melalui keberkesanan program yang telah dilaksanakan serta impaknya terhadap komuniti dan institusi.