STS30113 Model Senibina

MODEL SENIBINA merupakan salah satu skop kerja dalam bidang senibina. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai teknik, bahan dan peralatan dalam penghasilan model senibina. Kemahiran yang diperoleh dapat membantu pelajar dalam menghasilkan model senibina bedasarkan pelan cadangan serta kehendak rekabentuk.


STS30123 BIM Senibina

BIM (Building Information Modelling) SENIBINA adalah salah satu proses terkini yang digunapakai dalam bidang pembinaan. Kursus ini merupakan nilai tambah kepada pelajar untuk keluar bekerja di dalam bidang industri pembinaan seiring dengan perkembangan teknologi terkini. Oleh itu, adalah penting bagi pelajar mempunyai pengetahuan dan berkemahiran untuk menghasilkan model bangunan.

STS30142 Lukisan Persembahan Berbantu Komputer

LUKISAN PERSEMBAHAN BERBANTU KOMPUTER bertujuan untuk memberi

pengetahuan dan kemahiran asas dalam teknik-teknik penghasilan lukisan

persembahan berbantu komputer. Pelajar juga akan didedahkan dengan prinsip-prinsip

asas untuk menyediakan set lukisan persembahan.