STS20072 Amalan Ikhtisas

AMALAN IKHTISAS bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang garis panduan perancangan, Kaedah penyerahan pelan dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam. Pelajar juga dapat mengetahui kehendak undang-undang berkaitan ruang, pencahayaan, pengudaraan serta kehendak menentang kebakaran mengikut UndangUndang Kecil Bangunan Seragam.

STS20092 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kursus KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan perundangan serta pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kursus ini juga memberi penekanan terhadap budaya kerja dan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat selain melatih pelajar berkaitan latihan kebakaran dan pertolongan cemas.