SKU20293 MALAYSIAN CUISINE S12526

Malaysian Cuisine direka bentuk bagi memperkenalkan pelajar kepada kerja-kerja persediaan awal dan kemahiran penyediaan hidangan masakan Malaysia. Kursus ini mempamerkan kemahiran praktikal kepada pelajar berkaitan penyediaan masakan Melayu dari Wilayah Utara, Selatan, Timur dan Tengah serta Borneo. Masakan Cina dan India turut diberikan pendedahan supaya pelajar lebih berkemahiran dalam menghasilkan masakan Malaysia. Kecekapan dan kepakaran dalam menghasilkan hidangan yang berkualiti diberikan, bagi melahirkan graduan yang mengamalkan etika kerja profesional selari dengan kehendak industri masa kini.